Blogger Layouts
...always begin with the end in mind, to think of future and not of past...

~pengikutKU~

Saturday, May 14, 2011



ANDAI LELAKI TAHU.....

Andai lelaki tahu.....Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punyai segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu.....Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air matanya, itu bukan bermaknanye dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu.....Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu untuk mengawal perasaannya, tapi percayalah, itu bermakna dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan berlaku.

Andai lelaki tahu.....Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk buat seorang lelaki rimasn tetapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu.....Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu anda menjadi lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu.....Apabila perempuan cemburu dan tidak mempercayai anda, bukan bermakna dia tidak sayang, tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda sebagai anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang erbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu.....Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukan mahu dipujuk dengan wang ringgit ataupun hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu.....Apabila perempuan berkata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu sentiasa bermain di matanya.

Andai lelaki tahu.....Apabila perempuan jarang mengatakan 'I LOVE YOU', itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapt juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu.....Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang lebih terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walappun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu.....Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tetapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu cepat lembut. Andai kena dengan caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu.....Apabila perempuan berkata 'TOLONG TINGGALKAN SAYA', dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenag, percayalah dia akan mencri anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalm hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah bakal menjadi perempuan yang berkerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda kelak.

No comments:

Post a Comment