CINTA LUKA
Bila cinta putus ditengah jln..usahlan muram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dn mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada penggantinya. Usah mengharap benda yg x pasti,usah merayu pdew yg x sudi. Cinta pertama x semestinya yg terbaek. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangtannya tersendiri. Janganlah terikat pada cinta yg sudah pergi.
Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibelai dgn kasih syg. Kita terlalu yakin yang kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pown. Apabila segalanya berakhir barulah kita menyedari kesilapan yang telah kita lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa dtg begitu lmbt.
Antara cinta yg dh berlalu dgn cinta yg sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas dimata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.
Bila seseorg jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda dan seganda-gandanya lagi selepas itu..kerana sesungguhnya kita boleh menipu org lain tetapi bukan hati kita sendiri.